Monday, March 9, 2009

ikrar untuk diri...

Ikrar ni di hantar oleh kawan saya milin (Thanx milin,thanx a lot)...hope die tak kesah saya letak di blog saya..tujuannya bagi kat saya untuk menguatkan diri saya menghadapi segala cabaran dan dugaan di sini,supaya saya tidak jatuh,Alhamdullilah,sedikit sebanyak betul2 dapat menolong saya bila menghayati kata-kata dari ayat2 ini..sekadar untuk share dgn kwn2 saya..hayatila yer...semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya..;))..inshaAllah..

"Ya Allah YaTuhanku...


Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan sedang menghampiriku,

Aku sedar setiap musibah yang menimpa diriku adalah ujian­Mu ke atas keimanan dan ketaatanku kepada-Mu,


Kini kumengerti bahawa di sebalik setiap kepahitan yang telah, sedang dan akan kulalui, ada kemanisan yang Engkau janjikan untukku di penghujungnya,


Aku terima setiap ketetapan-Mu ke atasku kerana aku yakin bahawa setiap ketetapan yang Engkau datangkan ke atasku adalah yang terbaik untukku mengikut ilmu-Mu,

Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda sayang-Mu kepadaku, Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, sebaliknya aku bertuhankan Engkau Ya Allah,

Kini aku tidak lagi meletakkan kebahagiaan kepada kebendaan, Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seseorang kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaati-Mu,


Cukup Engkau tempatku bergantung dan aku tidak akan sekali­kali bergantung kepada yang selain daripada-Mu,


Aku sekarang melihat Engkau dalam setiap hal kehidupanku, Aku kini tenteram walaupun dunia di sekelilingku kian bergelora, Aku sudah pun memulakan lembaran baru dalam hidupku,


Aku tahu Engkau Tuhan Yang Maha Memberi, Maha Penyayang dan Maha Menolong,

Aku reda dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat-Mu ke atasku,


Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingati-Mu, Aku tidak lagi berburuk sangka terhadap Engkau dan diriku, Aku kini khusyuk mengisi jiwa dengan mendekati-Mu, Aku amat suka bersolat, berdoa dan berzikir kepada-Mu, Aku tenang, aman dan bahagia di sisi-Mu Ya Allah,


Aku tidak lagi mudah berputus asa,

Aku bersabar dalam menunggu bantuan-Mu,

Terima kasihku kepada-Mu kerana telah memberi petunjuk kepadaku. Amin."

p/s ; setiap kali saya baca,saya mesti menitiskan air mata...semoga dugaan dan ujian di hadapan ku dapat ku tempuh dengan sabar dan redha..

3 comments:

shafzan.m said...

nisa..bleh x nk pinjam ikrar ni jugak..hehe..

seres mmg tersentuh gile..

tersedar..tersemangat..sume ada..

btw, nice blog..n nice shoes too =p

Berusaha n tawaqal!! said...

yer2...sure..bolehla...

milan said...

nisa...moga bermanfaat yea..