Monday, December 28, 2009

apple crumble...:)






ni housemate nisa yang buatkan..nisa tolong skit2 aje..nyummyy...senang je nk wt rupenye...sgt sesuai utk dibuat for tea time..

;))))

ikan dourat royale 3 rasa..nyum nyumm...




kuah untuk dicurah ke atas ikan goreng(goreng sampai rangup,tp terhangus skit yg ni..uhuh)..

kuah diatas tu di curah kat atas ikan ni...voila..jadila..



sambal belacan mangga..;00


sedap dimakan dgn nasi panas n kubis cicah dgn sambal belacan mangga..nyummm



Sedapnyeee....dahla makan sorg2...;))


Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru Hijriyah 1 Muharam 1431 H

Assalamualaikum kawan2..
Tahun baru Islam atau tahun baru Hijriah 1 Muharram kembali kita temui.Di samping itu, tahun baru Islam seperti lenyap dari umat muslim. Perayaan tahun baru Islam juga tidak semeriah perayaan tahun baru masehi. Tahun baru Hijriah merupakan bagian sejarah Islam yang menandai perjuangan berat seorang Rasulullah Muhammad SAW dalam menyebarkan risalah Islam dan menjadi sebuah awal perubahan bagi umat Islam. Tahun Baru Hijriah yang berdasarkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama kaum Muslimin dari Makkah ke Madinah. Hijrah ini bukan sekedar secara fizikal tapi juga hijrah secara drastik dari segi mental. Seperti yang diungkapkan oleh sahabat Rasulullah, Umar bin Khattab tentang hijrahnya Nabi Muhammad Saw, bahwa “Hijrah itu membezakan antara yang hak dan bathil. “ Semoga di tahun yang baru ini kita dapat lebih meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah SWT. Hasbunalloh wani’mal wakil ni’mal mawla wani’mannashir Semoga Allah Swt memberikan perlindungan, melimpahkan Rahmat, Rezeki dan Hidayah kepada kita. Amin.

p/s: Disertakan juga di sini doa akhir tahun dan awal tahun..semoga dapat kita baca bersama2 yer..

Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Artinya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah Syaitan :
Kesusahan bagi ku dan sia-sia lah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun“.


Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai hamba memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim Artinya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, berkatalah Syaitan :
Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan“.


Saturday, December 12, 2009

:)))


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Beautiful song..

tontonlah..


Kisah disebalik Inspirasi Hidup

“Arwah Aisyah meninggal dunia ketika masih di dalam kandungan”, luah emak pada petang itu. Pengcahayaan kurang. Namun, jelas kelihatan air mata mengalir perlahan di pipinya.

Saya hanya berdiam diri, kekok untuk memberikan reaksi. Arwah Aisyah merupakan adik selepas saya. Adik yang tidak saya ingat wajahnya.

“Kamu sendiri hampir-hampir tidak dilahirkan…”, sambung emak.

Saya tersentak. Apakah benar apa yang saya dengar? Sememangnya tidak silap. Saya hampir tidak dilahirkan atas sebab-sebab tertentu.

“Itulah, kesukaran ketika mengandung dan melahirkan…”, luahan hati seorang emak.

Bukan hanya sakit yang ditanggung. Mainan emosi turut perlu ditangani. Masakan tidak pedih, hati seorang isteri, andai suami tidak bijak menghargai. Lebih sedih apabila anak-anak lupa diri. Lupa pada siapa yang mengandungkan dan melahirkan mereka. Lupa kepada emak yang mendidik dan menjaga.

Perbualan di atas kekal dalam memori saya. Memberikan inpisari bahawa saya terpilih untuk dilahirkan ke dunia oleh takdir Allah swt adalah tidak sia-sia.

Berbahagialah dirimu, adikku Aisyah di syurga, memberikan inspirasi buat kakak yang terpilih untuk hidup berusaha sehabis baik agar bertemu dengan mu di sana kelak.

Inilah kisah utama di sebalik kata-kata Inspirasi Hidup yang saya abadikan disebelah kanan blog ini. “Aku tidak dijadikan sia-sia”.

Berdepan Maut

Peristiwa kedua pula ialah ketika perjalanan pulang bersama ayah melalui lebuh raya. Ketika itu hujan turun maha lebat. Saya yang tidur semasa perjalanan akibat keletihan, terjaga.

“Lebatnya hujan”, tegur saya buat ayah disebelah. Mamai sekali.

Selepas beberapa ketika, kereta berpusing. Inilah akibat air bertakung menyebabkan tayar tidak dapat mencengkam dengan baik. Saya sempat memaut tangan ayah disebelah. Ternyata ketenangan ayah, sedikitpun dia tidak melatah. Saya yang disebelah sempat bertakbir. Cemas. Kepala terhantuk beberapa kali ke tingkap pintu. Pusingan 360 darjah sebanyak tiga kali cukup membuatkan saya tergamam dan dada berdegup kencang.

Hujan masih lebat di luar. Ketika itu hati terdetik, mujurlah tiada kereta lain yang mengikut dibelakang. Mujurlah kereta berpusing dan tersadai di tepi jalan. Mujur? Apakah ini hanya satu kebetulan? Allah izinkan untuk terus hidup. Justeru, hidup ini pasti bukan untuk disia-siakan!

Inspirasi Tersendiri

Inilah kisah disebalik kata-kata yang menjadi inspirasi hidup saya.

Anda pula bagaimana? Kisah kita berbeza. Namun matlamatnya sama. Percayalah bahawa setiap daripada kita tidak dijadikan sia-sia. Carilah kisah disebaliknya. Kisah tersendiri!

Rasulullah menerima inspirasi terus daripada Allah swt. Kehidupan yang penuh mencabar, namun tetap sabar. MasyaAllah.

Walaupun kita tidak menerima wahyu seperti Rasulullah, jangan kita lupa bahawa qalam Allah itu sentiasa ada sebagai panduan buat kita. Kadangkala, Allah berbicara dengan hambaNya. Bicara tentang ujian dan kehidupan. Samada kita tidak mendengar dan melihat, ataupun mata hati yang buta.

Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku“. Surah Az-Zariyat: 56.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:’Sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang Di muka bumi.’Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi itu, orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’” Surah Al-Baqarah:30




Perkara yang sudah dan akan kita lalui. Apakah diri kita ditakdirkan semuanya sekadar sia-sia?

Thursday, December 10, 2009

PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA




Assalamualaikum..Ana ada benda sikit nak dikongsi dengan anda semua pasal "BERSALAMAN TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM"...ney sekadar pengetahuan bersama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik....dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras,isteri bapa saudara(mak saudara), suami ibu saudara(bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara' tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
-hadis riwayat Ath Thabrani-

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina."
-hadis riwayat Ahmad-

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:

"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita"
-hadis riwayat Ahmad-

Beliau juga bersabda:
"Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita"
-hadis riwayat Ath Thabrani-

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
"Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai'at mereka dengan perkataan."
-hadis riwayat Muslim-


Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM..Wallahua'lam

For People who think-->Talk oleh Tariq Ramadhan (cucu Hassan Al-Banna) 13dec09 di Kuala Lumpur

Talk oleh Tariq Ramadhan (cucu Hassan Al-Banna)

For people who think <--click here

Islamic Book Trust and Islamic Renaissance Front
invite you to join us to three events on
Saturday, 12 December 2009
&
Sunday, 13 December 2009
at
Auditorium, Securities Commission,
3 Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Kiara, Kuala Lumpur



Throughout the events, an educational exhibition on the life and works of Muhammad Asad
will be on display, bringing together unique photographs on the late scholar and presenting
to visitors a tour of his works and thoughts.

There will also be sale of all IBT and TOP titles at discounted prices.


Date Event Admittance
Saturday,
12 Dec 2009
2.00 pm
Keynote Lecture by Professor Tariq Ramadan on “Islamic Renaissance: The Need for Reform and Renewal” to officiate the launching of Islamic Renaissance Front. By reservation only.

Saturday,
12 Dec 2009
8.00 pm Movie Screening: "A Road to Mecca", a 90-minute exclusive documentary produced in 2008 on the life and travels of Muhammad Asad. RM10.00 (RM5 for students). Requires registration.

Sunday,
13 Dec 2009
10.00 am
A tribute to Muhammad Asad - a lecture delivered by Prof Tariq Ramadan,
Free. Requires registration.


for sesiapa yang tak kenal Tariq Ramadhan

ini video talk die



Jazakallah..

smile alwayys.,

Wednesday, December 9, 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Ali


13 wasiat Rasulullah kepada Ali


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah



Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Tuesday, December 1, 2009

Can I Borrow Rs. 25?

A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.


SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make R 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow R25?'

The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed.. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door..

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down , and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that R25.00 and she really didn't ask for money very often.The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the R25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Mummy, I have R50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that R50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

p/s : ......................