Tuesday, April 28, 2009

Adakah diri ini malu???

Rasulullah s.a.w menasihati kita, “malulah kalian kepada Allah dengan sebenar2nya…”

malu kerana banyak mengenal petunjuk Allah, tapi banyak petunjukNya yang tidak kita gunakan…

malu…
kerana kita berulangkali lalai dari Allah…
berulangkali mendahulukan nafsu dari petunjuk…
berulangkali mengutamakan dunia daripada akhirat…
berulangkali mementingkan makhluk daripada al-khaliq

ucapkanlah istighfar wahai saudaraku…
agar kita bisa menggapai CintaNya.

ya Allah ya tuhanku,sesungguhnya engkau Maha mengetahui perkara yang ku sembunyikan dan kuterangkan,maka terimala kemaafan drpdku,terimalah keampunan dprdku,terimalah taubat drpdku,Engkau Maha Mengetahui hajatku.Maka kabulkanlah segala permintaanku ini.


Engkau Maha Mengetahui tentang apa yg terkandung dlm jiwa dan ragaku,maka ampunilah dosa2ku.Ya Allah ya tuhanku,aku memohon drpdMu iman yg menusuk ke dlm hatiku,keyakinan yg benar sehingga aku tahu tidak berlaku ke atasku kecuali apa yg telah ditakdirkan Mu buatku serta keredhaan dengan Qadarun.

Nota kecik :
doa di atas adalah doa taubat Nabi Adam,diberi oleh kawan Nisa di Malaysia,terima kasih byk2 diucapkan..inshaAllah akan Nisa amalkan setiap hari..semoga kawan2 juga dapat amalkan bersama2 yer..inshaAllah...diri ini banyak kekurangan,banyak melakukan kesilapan tapi Nisa cuba berkongsi apa sahaja ilmu2 yang berguna dengan kawan2 di sana..cuba betulkan Nisa jika ada kekurangan dan kesilapan... wallahuallam..


“Mengapakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca al-Kitab; Maka tidakkah kamu fikirkan?”
(al-Baqarah: 44)


p/s : Ya Allah,Ya tuhanku,semoga diriku yang lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan ini sentiasa berada dalam keredhaanMu,
Malu semalu-malunya diri ini,kerana sering lalai dan alpa di atas segala nikmat2 yang telah Engkau berikan...terimalah kemaafan drpdku,ya Allah..

Allah knows best!!

1 comment:

wan said...

amin..semoga doa nisa diterima olehnya..insyaallah..;)