Thursday, April 30, 2009

Fadhilat Jumaat..

Assalamualaikum...
Semestinya pelikkan kenapa Nisa sebagai perempuan membicarakan soal hari Jumaat yang selalunya dikhususkan kepada lelaki...tapi disebabkan Nisa sangat2 tertarik dengan article nisa terbaca dari blog ini,jadi Nisa ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa Nisa dapat ni,InshaAllah khusus untuk kaum-kaum lelaki di sana...yang di Malaysia tu hari Jumaat tiba dulu dari Nisa di Italy ni,ape2pun bezanya yang penting kawan2 di sana (dimana jua anda berada di Europe juga)(lelaki sahaja) jangan abaikan kepentingan solat Jumaat ini,and hargailah nikmat yang diberi oleh Allah ini..;)

................................................................................................

Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin.Oleh itu solat Jumaatlah walaupun musafir(tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.

Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain, kecuali dosa besar.

Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).

Batu dan kayu jadi saksi dan beristigfar keatas orang yang berjalan diatasnya untuk pergi solat Jumaat.Sesiapa yang memakai pakaian bersih untuk solat jumaat Allah bagi rahmat dan terima apa-apa hajat yang dikehendaki samada dunia dan akhirat.

Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.

Nabi s.a.w. bersabda;”Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” - Riwayat Ahmad & Attirmidzi

Pahala kedatangan Solat Jumaat

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana membebaskan burung ciak. Beliau pernah minta 1 hari dari Abu Bakar untuk menemani Nabi semasa di Gua Hira’. Abu Bakar jawab, nabi pernah memberitahu bahawa semenjak matahri naik tak ada yang lebih dari Umar. Kalau air laut jadi dakwat kering air untuk tulis kebaikan Umar. Dalam Quran ada 24 ayat yang menyokong tindakan Umar antaranya :-

  • Puak Islam yang sedikit boleh kalahkan yang banyak
  • Pendapat Abu Bakar supaya mengambil harta tawanan, manakala Umar menyuruh bunuh tawanan
  • Ayat berkenaan mesyuarat, azam dan tawakkal

Dilangit malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib baca khutbah kepada malaikat2 solat Jumaat. mereka hadiah pahala kepada imam2, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala. Syurga itu untuk manusia.

Hukum feqah berkaitan hari Jumaat:-

Mengikut mazhab Syafie makmum yang masuk masa tahiyyat akhir kena sambung 4 rakaat lagi (buat solat zohor). Manakala mazhab lain hanya kena sambung 2 rakaat (buat solat Jumaat).

Haram jualbeli selepas azan ke2.

Puasa sunat hari Jumaat makruh, kalau hendak puasa juga mesti berangkai dengan hari lain seperti Sabtu.

Tinggal solat Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie memberikan kesan pada hati dan dicop munafik.

Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).

Musafir di hari Jumaat

Walaupun ada yang mengatakan kena keluar sebelum Subuh jika hendak musafir, namun itu hanya nilaian /pendapat sahaja.

Mazhab Syafie pada mulanya mensyaratkan 12 orang untuk solat Jumaat, tapi kemudiannya apabila beliau ke Mesir, syarat itu ditukar kepada hanya 40 orang. Mazhab lain tidak mensyaratkan 40 orang, cukup sekadar 3 atau 4 orang.

Kisah wali

Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah. Kemudian beliau suruh anak muridnya baca khutbah(sambil pakai serban guru), anak muridnya menangis juga.

Bila ditanya tuan guru itu tidak jawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.

.................................................................................................................................


Allah knows best!!!

Wednesday, April 29, 2009

desert saya ari ni...nyummy!!!

Nyummy!!!...ini desert Nisa ...sedappp!!...itu sajer...heeeh...study AC propulsion!!..




hati yang mati...


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
p/s : semoga panduan di atas dapat bersama2 kita renungkan kawan2...takutnya nisa jika hati ini sudah mati dan keras....Oleh itu,peringatan ini buat Nisa juga, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir)....InshaAllah..

Allah knows best!!

Tuesday, April 28, 2009

crostata kedua!!!

Alhamdullilah..

nak mkn lg pie ni..knela wt lg..tp kali ni nak bagi kwn2 punyer..so cantikla skit...hihihi...cntik bykla...ihihi...tadaaaaaaaaaaaaaa...dh siap..kali ni nisa bubuh inti cherry jam...



cantik kan??..okla..time for me to sleep..esokla nisa rse pie ni...;)

Iman...

p/s : InshaAllah....

Allah knows best!!

Persoalan????????????



Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

O
rang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan kawan2...;))

p/s : nak menyelit skit..nisa suke sgt22 soalan siapakah org yang cantik,mestila akhlak yang baik..jadi kawan2 nak cantik x?..berusahalah utk akhlak yang baik yer...InshaAllah..;))


Allah knows best!!

Adakah diri ini malu???

Rasulullah s.a.w menasihati kita, “malulah kalian kepada Allah dengan sebenar2nya…”

malu kerana banyak mengenal petunjuk Allah, tapi banyak petunjukNya yang tidak kita gunakan…

malu…
kerana kita berulangkali lalai dari Allah…
berulangkali mendahulukan nafsu dari petunjuk…
berulangkali mengutamakan dunia daripada akhirat…
berulangkali mementingkan makhluk daripada al-khaliq

ucapkanlah istighfar wahai saudaraku…
agar kita bisa menggapai CintaNya.

ya Allah ya tuhanku,sesungguhnya engkau Maha mengetahui perkara yang ku sembunyikan dan kuterangkan,maka terimala kemaafan drpdku,terimalah keampunan dprdku,terimalah taubat drpdku,Engkau Maha Mengetahui hajatku.Maka kabulkanlah segala permintaanku ini.


Engkau Maha Mengetahui tentang apa yg terkandung dlm jiwa dan ragaku,maka ampunilah dosa2ku.Ya Allah ya tuhanku,aku memohon drpdMu iman yg menusuk ke dlm hatiku,keyakinan yg benar sehingga aku tahu tidak berlaku ke atasku kecuali apa yg telah ditakdirkan Mu buatku serta keredhaan dengan Qadarun.

Nota kecik :
doa di atas adalah doa taubat Nabi Adam,diberi oleh kawan Nisa di Malaysia,terima kasih byk2 diucapkan..inshaAllah akan Nisa amalkan setiap hari..semoga kawan2 juga dapat amalkan bersama2 yer..inshaAllah...diri ini banyak kekurangan,banyak melakukan kesilapan tapi Nisa cuba berkongsi apa sahaja ilmu2 yang berguna dengan kawan2 di sana..cuba betulkan Nisa jika ada kekurangan dan kesilapan... wallahuallam..


“Mengapakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca al-Kitab; Maka tidakkah kamu fikirkan?”
(al-Baqarah: 44)


p/s : Ya Allah,Ya tuhanku,semoga diriku yang lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan ini sentiasa berada dalam keredhaanMu,
Malu semalu-malunya diri ini,kerana sering lalai dan alpa di atas segala nikmat2 yang telah Engkau berikan...terimalah kemaafan drpdku,ya Allah..

Allah knows best!!

Monday, April 27, 2009

permesso di soggiorno...(residence permit)


Alhamdullilah...i just got my permesso di soggiorno...cantik..sebab kad warna pink..my tudung pun warna pink...hihi....sukeeeeeee....;p....


keyboard off...exam this may...iskkk..semoga dipermudahkan segalanya...insyaAllah....


Dearest flowers...

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

hijjaz-Bidadari



p/s : Thank u soo much for this song-Bidadari....really meaningful and sweet...;))..thanx again...i love this song too..

Bidadari
Album :
Munsyid : Munif Ahmad
http://liriknasyid.com


Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga


Allah knows best!!

Sunday, April 26, 2009

tomyam with mushroom and chicken..

Assalamualaikum...
isk..mlm td was a disaster..nisa sakit perut sangat..minum air acqua del rubinetto..isk...smpai skrg pn skt..ya Allah,semoga kurangkanla sakit ku ini....;(...
today nisa wat tomyam which is dh lama nisa craving nk mkn....alhamdulliah ade serai walaupn xde daun limau purut..but Alhamdullilah the taste was good..;))...
here are some of the pics taken by me..(sape lg)...uhuh...and i made telur dadar and fried some ikan kering...ihhihi..


p/s : thinking to invite some friends sbb termasak bykk..huhuh..tgkla camne nti....;p

Aduhai hati...

semoga dapat jadi guidances untuk kawan2..(nisa ambil dari blog ini)


Aduhai hati,

alangkah sukar mendidikmu

mengawalmu,dan mensucikanmu…


bilamana engkau sudah menghampiri-NYA,

banyaklah datang segala ujian

setan tak putus asa untuk

mengodamu, menodaimu, juga mengotorimu…


bilamana engkau sudah bersih,

setan itu bijak mengatur langkahnya

untuk menyesatkanmu

dilontarkan benih-benih cinta padamu

kemudian disemainya benih itu

lalu bercambahlah cinta itu…


bilamana cinta itu sudah tumbuh,

maka dicampurkannya pula antara kebenaran dan kebatilan

agar engkau hanyut dibawa panahan sebuah cinta

bila engkau mengingati Rabb dengan menyempurnakan

suruhan dan menjalankan kewajipan seorang islam

maka engkau akan dihanyutkan

dengan dicampurkannya pula kerinduan…


bila kerinduan itu datang,

engkau mudah cenderung kepada jalan-jalan yang salah

itulah kejahilan yang nyata

sebab engkau mengetahui

ianya salah dan dosa

tapi engkau tetap melakukan

demi hanya sebuah cinta…


bilamana engkau sudah dipertengahan jalan hanyut,

maka dengan limpah kurnia dan rahmat yang Maha Penyayang

diseru dan dipanggil mu setiap masa

kembali kepada-NYA seperti dahulu…


untuk memanggilmu kembali,

diturunkan dengan dihujanimu

beribu masalah dan ujian didalam cinta itu

agar celiklah matamu yang telah buta dek cinta

itulah bukti DIA Maha Penyayang diantara yang Menyayangi…


bilamana engkau telah celik,

peliharalah dirimu sebaiknya

kerana engkau terlalu lembut

dan amat mudah untuk terpesong

pada kenikmatan dunia yang hanyalah sebuah fatamorgana

hanya iman yang dapat menyelamatkanmu

mintalah pada-NYA agar ditetapkan iman…


Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami seteah Engkau beri petunjuk yang benar dan berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” ( Surah Ali-Imran: 8 )


p/s : ameen..semoga diriku hatiku sentiasa dilindungi oleh-Nya..aku bersyukur padaMu...jangan sesekali aku dipesongkan lagi..


Allah knows best!!

Saturday, April 25, 2009

pie cross tartar (im not sure betul ke ejaannya..eheh)


Assalamualaikum...
Alhamdullilah akhirnya jadi juga pie ini..yer ..inti die nisa letak jam die bwh n lps tu coklat spread kt atas...ahhahah...byk sgt inti..but lps msk..bau nye umrhmmmmmmmmmmmmmm...wangi sgt...
cume pie ni kcik je la kn..sesuai untuk nisa yg kecil molek ni..ahahhahahahah...poyo...(thanx kak molly di atas recipe ni...)
bhn2nya:
200g tepung
100g butter
50g gula
1 biji telur
esen vanila
sedikit serbuk penaik
inti ape2..

caranya :
-satukan tepung n butter jadi mcm pasir
-uli2 sampai sebati masukkan gula n gaul2 lagi
-masukakn esen vanila,serbuk penaik
-masukan telur
-gaul2 smpai sebati
-masukkn dlm plastik n simpan dlm peti utk bbrape jam.

-setelah itu,kuarkan adunan
-uli di atas papan untuk dijadikan base pie..
-spreadkn inti atas base
-dan hiasla lebihan adunan ikut kesukaan kwn2..ihihi..

-aper lagi,,,masukla dlm oven..hihihi...

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

p/s : pie nmpk mcm buruk skit kn...ahahahha..tp xper....rupa tidak penting..ahhahah....;p


itu saje...jgn jeles...ihihiihih...

end.................

Friday, April 24, 2009

lunch today..



Assalamualaikum...
Alhamdullilah...siap juga lunch ari ni..walaupn wt keje smbil brchatting..hehhe..cmne nk jd ibu mithali ni..ehhe..inshaAllah...lauk yg nisa msk ni mcm byk la plak..dhla mkn sorg2 je..hihi..tp takpala..bleh di simpan tuk esok harinya...moga2 elok lg..inshaAllah..

hari ni adik nisa husna and mama pegi pesta buku..alangkah bestnya dpt join diorg kan.tapi nisa jauh..hanya tumpang gembira mama akhirnya ade kwn utk mengisi masa lapang die yg slalu sunyi..semoga mama n adik nisa sentiasa selamat n bahagia di Malaysia tu..nisa selalu doakn yg terbaik untuk semua..inshaAllah..i really miss u guys..mmuahs...
selamat menjamu Nisa...ehheeh..ajak diri sendiri..
p/s : lupe nk ckp nama resipe..ayam masak merah..ihih...

Thursday, April 23, 2009

untuk mu NIssa...

AMARAN BUATMU NISSA',
Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,
Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,
sembilan nafsumu sentiasa bersama,
dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa..

NISSA,
Tutuplah auratmu sepanjang masa,
Tiada indahnya pandangan di mata,
Kecuali pada nafsu yang membara,
Pakaian mu hendaklah sempurna,
Tidak nipis dan mencolok mata,
Bebas najis suci sentiasa,
Azab kubur neraka selamat selamanya,
Hasanah akhirnya kau kecapi jua,


NISSA,
Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa,
Dirimu ditatang dan dimanja,
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya,
Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia,
Mengharapkan belasmu didunia,
agar mereka terlepas azab yang menyeksa

p/s : semoga sentiasa menjadi ingatan buatku...and sahabat-sahabatku di luar sana..inshaAllah...

Wednesday, April 22, 2009

kasih dari Malaysia...;))

Assalamulaikum...

Alhamdullilah...bersyukur sgt2 nisa...parcel hadiah dari kawan2 di Malaysia sampai juga...because igtkn diorg tak letak nama Amormino probably tak sampai..tapi Alhamdullilah...rezeki Nisa..yippiie!!!!..melompat nisa dapat hadiah tadi..syukur...Alhamdullilah...best!!

ade 3 parcel dari Malaysia..thnx kepada yang memberi okies...i love u guys soooo much!!!
korg nak tgk ke hadiah2 yg diberi..mstila kan...ihihiihi...grazie mille!!!...

comel kad kuningnye..thank u!!


thank u untuk sos cili dan kopi cap Aik Cheong..ihiihih..


thanx girls!!

p/s : semoga hari2 Nisa di sini sentiasa ceria dan di lindungi Allah..inshaAllah...

kekuatan diriku...


p/s : semoga diriku tidak pernah mengalah dalam menempuhi cabaran dan dugaan hidup yang berliku-liku ini..inshaAllah...

phrases..

phrases i've got from my fav blog,

"...Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia hati"

P/s: bersihkanlah hati dan akal fikiran..inshaAllah..;))

Tuesday, April 21, 2009

Doa untuk diriku..

"Ya Allah......Sesungguhnya aku seorang yang lemah, justeru itu kuatkanlah aku ; aku seorang yang hina, justeru itu muliakanlah aku ; aku seorang yang pelupa, justeru itu ingatkanlah aku ; wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih...AMIIN..."

p/s : kuatkanlah diriku,tabahkan hatiku...elokkan segala keburukan pada diriku yang tidak ku sedar selama ni..inshaAllah...

Monday, April 20, 2009

mata hati...

My eyes



If you could look in my eyes,
You would see the person behind the disguise,
The one who tries to run and hide,
From all the bad feelings inside,
So no one will know how she sighs,
And without thought cries,
Because of her life and all the lies,
Wanting answers to all the "whys?",
But now I smile for in a true friend I confide,
And all my tears begin to dry,
I'm brighter now with the sun rays,
And with the help I learned to rise,
Freed from the past...that i am no longer fragile..

Cantiknyaaaaaaaaaaa....;))

^ CanTiknYa SuSuNan Allah ^

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri...
Aku minta kupu-kupu,
Dia beri ulat berbulu...

Aku sedih dan kecewa...=(

Namun kemudian...
Kaktus itu berbunga,
Indah sekali...
Dan ulat itupun,
Menjadi kupu-kupu yang cantik...

Itulah jalan Allah...
Indah pada masaNya...

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan...

Kadang kita sedih,kecewa,terluka...
Tetapi jauh diatas segalanya,
Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...=)

Inshaallah...;))

Friends Forever......

The Best of Friends
The best of friends,
Can change a frown,
Into a smile,
when you feel down.
The best of friends,
Will understand,
Your little trials,
And lend a hand.
The best of friends,
Will always share,
Your secret dreams,
Because they care.
The best of friends,
Worth more than gold,
Give all the love,
A heart can hold




p/s : i miss all of my friends in Malaysia...

dearest family..

Family

I think about those I do not see,
Sensing that they too think of me.

So many miles I have strayed,
When I could have simply stayed.

Merely to expand the bond,
To make new memories far beyond.

Life's choices find us miles apart,
Ever close with the beat of my heart.

To relive in my minds eye,
Keeps them close and always near by.

Memories gathered from the start,
Forever alive within my heart.

My message is so simple and small.
Those three words most important of all,
I LOVE YOU!


p/s : semoga mama,papa,along,tajmil,diksu,hijran n kak zila sehat2 selalu hendakNya...i love u guys!!..

Sunday, April 19, 2009

lunch for today yg malas!!

Assalamualaikum..
iskk...lunch ari ni nisa mkn ravioli n cheese stick je...mls sgttt nk msk nasi..selama 2 hari juga nisa x mkn nasi..smlm pn mkn roti n telur grg je..iskkk...
dgn weather yg x menentu...emosi nisa yg makin emotional...iskk...Tabahkan la hati ini...kuatkanla diriku ini...




p/s : pisa yg makin bosannn....nk blk Malaysia...2 bulan lg..sabar Nisa...

Saturday, April 18, 2009

Harapan cinta taken from blog sambal terung..

Assalamualaikum...
hari ni nisa bosan sgtt2...i really dont have any mood ditambah pula dengan cuaca yg seram sejuk..lgla menambahkn kebosanan di jiwa..niat nk study..tp buku2 pn blum di buka..Ya Allah..buangkanla sikap malas ku ini...jika tidak menyesal kemudian hari..
pagi2 yg sejuk ni..nisa nk share satu poem hasil penulis di blog sambal terung..izinkan nisa meminjam sajak indah ini...;)
semoga kawan2 juga dapat memahami maksud sajak ini..inshaAllah...

Ku akui cinta ini milikMu ya Allah..

Kau yg menciptakan cinta..

Kau yang memberikan rasa cinta kepada manusia..

Kau juga yang memegang hati insan yang memberi cinta kepada insan lain


Tapi...

Kenapa manusia sering gusar dan gundah dengan cinta makhluk?

Kenapa manusia sering sedih kerana tidak mendapat cinta insan yg dipuja?

Kenapa manusia sering kecewa kerana mengharap balasan cinta dunia?

Inikah yang dicari dalam hidup seorang hamba..?

Inikah yang didambakan dalam kehidupan fana ini..?

Inikah pengertian hidup seorang 'abid..?

Pasti bukan itu tujuan penciptaan manusia..

Penciptaan ini adalah untuk makhluk meletakkan seluruh jiwa raga kepada Rabbnya

Seluruh persandaran dan cinta semata-mata hanya untuk Khaliqnya..


Sesungguhnya Ya Allah..

Ku mengharapkan cinta insan yang mencintaiMu

Ku mengharapkan cinta yang bersandarkan kepadaMu

Ku mengharapkan cinta yang berpaksikan iman

Ku mengharapkan cinta yang berlandaskan taqwa

Ku mengharapkan cinta yang belayar dengan ’izzah Islam

Ku mengharapkan cinta yang hadir bersama kekuatan dakwah

Ku mengharapkan cintanya kepadaMu melebihi segala-galanya

Dan ku mengharapkan cinta hanya keranaMu ya Allah..


KepadaMu ku meletakkan sepenuh harapanku..

KepadaMu ku mendambakan cinta insan yang mencintaiMu..

KepadaMu ku menantikan hadirnya belahan jiwaku..

Dan kepadaMu jua sepenuh penyerahan ku hamparkan..

Kerana sesungguhnya segala-galanya milikMu jua..


p/s : semoga diri ku sentiasa dilindungi oleh-Nya dari cinta palsu dan berlandaskan nafsu semata-mata...inshaAllah...