Tuesday, May 26, 2009

CINTA DUNIA

Cinta dunia ini.. Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini.. Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb.. Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy.. Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..

Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.



“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “


(QS. Ali Imran:8)




No comments: