taken from notes shared in Facebook...
Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy.
Salam Maulidurrasul..sekadar untuk berkongsi!
bukan mengarang sendiri,tapi copy dr internet saje..
sesape yg dah tau..xpe!refresh balik,tp bg yg
taktau lg kisah ni..bacelah!(afrah pon
baru tau cerite neh)hehe..semoge mendapat manfaat..
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka
tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan
yang hilang dari diri seseorang, maka ada
sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang
dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hilang dari diri seseorang.
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasul
ullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di
Ka'bah, beliau mendengar seseorang di
hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
"Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya
membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di
salah sat
u sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim!
Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada
di belakangnya mengikut zikirnya
Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh
ke belakang dan terlihat olehnya
seorang laki-laki yang gagah, lagi
tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: "Wahai orang
tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana aku ini
adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan
kerana ketampananmu dan kegagahanmu,
pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasul
ullah s.a.w. tersenyum, lalu bertany
a: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu,
wahai orang Arab?" "Belum," jawab
orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman
kepadanya?" "Saya percaya dengan
mantap atas kenabiannya, sekalipun
saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun
saya belum pernah bertemu dengannya,"
kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
"Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan
penolongmu nanti di akhirat!"
Nabi di hadapannya, dia tercengang,
seperti tidak percaya kepada dirinya.
"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab
Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.
Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik
tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.
Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh
hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah,
Allah mengutusku bukan untuk menjadi
seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi
membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa
berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa
berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad!
Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan bersabda: "Katakanlah kepada orang
Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas
kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan
menghisabnya di hari Mahsyar nanti,
akan menimbang semua amalannya, baik
yang kecil mahupun yang besar!" Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba,
maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang
Arab badwi itu. "Apakah yang akan
engkau perhitungkan dengan Tuhan?"
Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika
Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa
hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab
orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba,
maka hamba akan memperhitungkan pula betapa
kedermawanannya!'
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka
Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan
betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu,
air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah
engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana
tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan
tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak
akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemak
siatannya. Allah sudah mengampuni semua kesal
ahannya dan la akan menjadi temanmu di
syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab
badwi itu, apabila mendengar berita tersebut.
la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan
keharuan dirinya."
Kini, mampukah kita mencintai baginda seperti
mana baginda mencintai kita? Allahumma
sollli ‘ala Muhammad wa'ala alihi wasahbihi
wabarik wasallim..Semoga timbul kesedaran
dalam diri kite untuk mencintai Allah dan
RasulNya sepertimane Allah dan RasulNya
mencintai kita. Kerana, sesungguhnya
selain daripada itu hanya fana belaka….
videos that made me cry
everytime i watch it..Rasullulah..
Kami mencintaimu...
another more song..;)..
2 comments:
sini ada buat sambutan
bangga sebab islam ada dimana mana saja
Alhamdullilah..kami di sini xde ape2 sambutan pun..
Post a Comment